Khamis, 23 Mac 2017

Skuad Negeri Sembilan bayangkan kebangkitan



ARKIB : 25/04/2002
KEJAYAAN Negeri Sembilan mara ke suku akhir bola sepak Piala FA selepas menewaskan Pahang menerusi agregat 5-4 kelmarin dilihat sebagai satu kebangkitan bagi skuad Rusa dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan itu selain meneruskan saingan pusingan kedua Perdana Satu.

Kejayaan itu adalah hasil gabungan mantap di antara pemain muda dan pemain senior dalam skuad Rusa.

Gabungan itu yang dicetuskan oleh jurulatih, Ibrahim Muhamad bersama dua panel jurulatih Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS). Ternyata ia telah membuahkan hasil membanggakan.

Ketiga-tiganya mengambil-alih tugas yang selama ini di-pikul oleh jurulatih, Mohd. Zaki Sheikh Ahmad tetapi direhatkan pada 6 April lalu berikutan prestasi pasukan yang semakin merosot.

Negeri Sembilan berada di tempat tercorot selepas selesai perlawanan pusingan pertama liga.

Keyakinan Ibrahim untuk mengadunkan tenaga pemain-pemain Piala Presiden seperti Zafarizal Azren, K. Sathian, K. Marimuthu, Mohd. Rahman Zabul dan Mohd. Ghazali Zainul Rashid dengan pemain seperti Zami Mohd. Noor, Azmi Mohamad dan Affendi Malek ternyata tidak mengecewakan.

Malah kejayaan menewaskan Pahang kelmarin sudah pasti memberi nafas lega kepada jurulatih terbabit dan para peminatnya di negeri ini selepas hampa dengan persembahan skuad Rusa sebelum ini.

Kemenangan yang diraih selepas menewaskan Pahang dan sebelum ini NS Chempaka pada pusingan kedua Liga Perdana, adalah satu petanda kepada kebangkitan pasukan ini yang pernah dinobatkan sebagai naib johan Piala Malaysia pada tahun 2000.

Pasukan yang diletakkan di bawah bimbingan panel jurulatih itu diharapkan membawa sinar harapan untuk mengembalikan kegemilangannya kepada skuad Rusa.

``Kemenangan dengan Pahang 5-4 malam tadi adalah dianggap sebagai satu wadah perjuangan untuk menebus harga diri dan menjaga maruah bagi pasukan negeri untuk terus memberi persaingan,'' katanya di Seremban, semalam.

sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0425&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4c93kLWQU© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan