ARKIB : 08/11/1998
NEGERI Sembilan menempah tiket
ke perlawanan separuh akhir Piala Malaysia apabila menewaskan Kuala Lumpur 3-1
di Stadium Paroi malam tadi.
Keputusan pada perlawanan itu
sekali gus memadamkan impian Kuala Lumpur malah pasukan itu tersingkir daripada
kempen Piala Malaysia musim ini.
Gol kemenangan Negeri Sembilan
diperoleh menerusi pemain Zami Mohd. Noor pada minit ke-9 dan 41 manakala gol
terakhir Negeri Sembilan menerusi A. Ganeson pada minit ke-73.
Sementara itu, gol sagu hati
Kuala Lumpur pula diperoleh pada minit ke-47 menerusi G. Muthu.
Gol Skuad Rusa berpunca
daripada sepakan percuma yang diambil oleh Faizal Zainal terus ke gawang.
Namun penjaga gol Kuala Lumpur
Azmin Azram yang cuba mendakap bola terlepas daripada genggaman dan Zami yang
berada di dalam kotak penalti terus merembat kencang menggegar jaring.
Skuad Kuala Lumpur yang bermain
dengan strategi off sideternyata agak berkesan tetapi kesilapan menjatuhkan
pemain Negeri Sembilan Sharul Akram membolehkan Negeri Sembilan memperoleh
sepakan percuma dari jarak 20 meter.
Faizal melorong bola ke Pedro
Olievera ke dalam kotak penalti, Pedro yang tidak dikawal membuat hantaran
lintang ke arah Zami sebelum bola dikuis masuk.
Kuala Lumpur memperoleh gol
pertama mereka menerusi G. Muthu yang berjaya memperdayakan Yazid dalam gerakan
solo akibat daripada kecuaian pemain pertahanan Negeri Sembilan, Khairil
Zainal.
Sorakan padu oleh 7,000 penyokong
Negeri Sembilan ternyata membakar semangat anal-anak buah M. Karathu untuk
mencipta serangan demi serangan ke arah kubu Kuala Lumpur.
Pada minit ke-73, pemain
pertahanan Ganeson menambah kedudukan Negeri Sembilan apabila menyumbang gol
ketiga.
NEGERI SEMBILAN: FAIZAL zainal,
B. Rajnikandh, Ching Hong Aik, Pedro Oliveira, ahmad shahrul, Zami Mohd. Noor,
Khairil Zainal, Shamsul akmar, Effandy Abdul Malek, MOhd. Yazid Mohd. Yassin.
KUALA LUMPUR: Azmin Azram,
Azlan Meri, Ahmad Faizal, M. Karunakaran, P. Saravanan, Adilson Roque, G.
Muthu, Azmir Noor Hakim, S. Paidiya Rao, Azlan Hussin, Liew Kim Tu.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=1108&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_02.htm#ixzz4PE8eIgCJ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan