ARKIB : 07/07/2002
PEMAIN import Selangor, Mass Sarr
Jr (kanan) hampir terjatuh selepas dicabar oleh pemain Sabah, Jelius Ating
sewaktu perlawanan terakhir bola sepak Perdana Satu di Stadium Shah Alam,
semalam. Selangor menang 3-2. - Gambar ASWAD YAHYA.
NEGERI SEMBILAN mengucapkan
selamat tinggal kepada Perdana Satu apabila tumpas 2-0 kepada Kelantan di
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, semalam.
Jaringan penalti pemain Thailand,
Woorawoot Srimaka pada minit ke-22 dan Mohd. Hardi Ahmad pada minit ke-79
memastikan Kelantan kekal ditangga ke-10 sekali gus menyaksikan Negeri Sembilan
tersingkir ke Perdana Dua dan tercicir daripada pertandingan Piala Malaysia.
Negeri Sembilan ialah naib juara Piala Malaysia dua tahun lepas.
Bekas juara tiga kali
berturut-turut, Kuala Lumpur turut tersingkir dari Piala Malaysia dan akan
beraksi dalam Perdana Dua musim depan setelah tumpas 2-0 kepada Melaka di
Stadium Hang Tuah, hasil jaringan Mohd. Arni Shariff (43) dan K. Nanthakumar
(83).
Sementara itu, Pulau Pinang kekal
di tangga keempat sekali pun membelasah NS Chempaka 4-0 di Stadium Negeri, Batu
Kawan ketika pesaing terdekatnya, Sabah tumpas. Dua gol menerusi Gustavo Romero
(50 dan 89), Luis Pablo Pozzuto (31) dan Moey Kok Hong (74) menyaksikan mereka
kekurangan dua gol untuk memintas Sabah.
Skuad Badak memberikan saingan
sengit sebelum tunduk 3-2 kepada naib juara Perdana Satu, Selangor di Stadium
Shah Alam. Gol-gol Selangor dijaringkan oleh Mass Sarr Jr. (7), Azman Adnan
(29) dan Amri Yahyah (79) manakala Sabah menrusi Suharmin Yusof (40) dan Josiah
Seton (64).
Juara Perdana Satu, Perak pula
menutup kempennya dengan kalah 2-1 kepada Pahang di Stadium Perak, Ipoh. Khalid
Jamlus meletakkan Perak di depan menerusi penalti (64) sebelum pelawat membalas
menerusi Jalaludin Jaafar (70, 79).
Dalam perlawanan lain, Perlis
bangkit untuk menewaskan Sarawak 3-2 di Stadium Sarawak. Gol-gol Perlis dijaringkan
oleh Muhd. Kaironnisam (37 dan 58) serta Badrul Afzan (89) manakala Sarawak
membalas menerusi Wong Sai Kong (25) dan Bobby Chua (69).
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0707&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4cDnq2alf
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan