Rabu, 28 Jun 2017

NS semakin mengancam



ARKIB : 09/07/2006

KUALA LUMPUR - Juara Liga Super, Negeri Sembilan Naza mengukuhkan kedudukan mereka dalam Kumpulan A saingan bola sepak Piala Malaysia apabila menewaskan Sabah 3-0 di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam tadi.

Gol-gol NS Naza dijaringkan oleh Noel Rudwell Mwendila (m-63, m-89) dan Cristian Bekamenga (m-80) untuk mengukuhkan mengutip enam mata.

Terengganu turut meraih kemenangan kedua apabila menewaskan penyandang juara, Selangor 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Tuan rumah memperoleh gol menerusi Zairo Anuar Zalani (m-2) dan Mohamad Norfarhan Mohamad (m-10) dan gol saguhati Selangor dijaringkan oleh Muhammad Shukor Adan (m-33).

Dalam Kumpulan B, Telekom membuat kejutan apabila menewaskan Kedah 1-0 hasil jaringan tunggal Rudie Ramli di Stadium Darulaman, Alor Star.

Pulau Pinang E&O pula meraih kemenangan pertama apabila menewaskan Johor FC 1-0 di Stadium Jcorp.

Gol kemenangan pelawat dijaringkan menerusi sepakan penalti oleh Brezenec Sasa di minit ke-25.

Dalam perlawanan Kumpulan C, Perlis meraih kemenangan pertama apabila menewaskan PKNS 2-1 di Stadium Utama Negeri Kangar.

Dua gol Perlis dijaringkan oleh Azlan Ismail pada minit ke-32 dan Adrien Jurad Chamrong pada minit ke-70 manakala gol tunggal PKNS menerusi Roman Chemelo di minit ke-87.

Sarawak turut meraih kemenangan kedua apabila jaringan tunggal Safee Sali di minit-minit terakhir membantu kemenangan 1-0 menewaskan juara Piala FA, Pahang di Stadium Sarawak.

Dalam Kumpulan D, Perak meraih kemenangan pertama menewaskan Melaka 2-1 di Stadium Perak hasil jaringan Abdolaye Traore (m-85) dan Wong Sai Kong (m-90) dan gol saguhati pelawat menerusi sepakan penalti K. Nanthakumar (m-38).

MPPJ melebarkan kemenangan kedua apabila menewaskan Brunei DPMMM 3-1 di Stadium Negara Hasanal Bolkiah.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0709&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_10.htm#ixzz4lHnUjq17
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan