ARKIB : 09/04/2006
PENYERANG Pulau Pinang,
Safranko Jan (jersi biru) diasak keras dua pemain Melaka, Ponaryo Astaman
(kiri) dan Ramesh Lai Ban Huat pada saingan Liga Super di Stadium Hang Jebat,
Melaka, semalam. Telekom menang 5-2.
KUALA LUMPUR - Negeri Sembilan
Naza merampas tampuk pendahulu Liga Super memintas Perak selepas mencatat
kemenangan selesa 2-1 menewaskan MPPJ di Stadium Petaling Jaya di sini,
semalam.
Kemenangan bergaya Negeri
Sembilan itu turut dibantu oleh kekalahan Perak 2-0 kepada Perlis.
Negeri Sembilan Naza kini
memungut 29 mata.
Pemain pertahanan pelawat
Khairul Anuar Baharom memecah kebuntuan jaringan gol pada minit ke-69 selepas
terikat tanpa jaringan pada babak pertama.
Negeri Sembilan Naza mengukuhkan
kedudukan apabila penyerang import Christian Bekamenga menambah gol kedua pada
minit ke-71.
Begitupun MPPJ merapatkan
jurang menerusi jaringan Ben Katanha di minit-minit terakhir perlawanan hendak
ditamatkan.
Di Stadium Perak, skuad
Seladang beraksi hambar dan terpaksa melepaskan tampuk selaku pendahulu apabila
tewas 2-0 kepada Perlis.
Kelebihan bermain di tempat
sendiri jelas tidak memihak kepada Perak yang kian terhimpit untuk memburu
kemenangan sebaliknya Perlis tangkas mencuri peluang mengutip tiga mata penuh.
Perlis membuka tirai jaringan
menerusi Zachariah Simukonda pada minit ke-34.
Simukonda menerima hantaran
silang Mohd. Ivan Yusof dari sebelah kiri pintu gol Perak sebelum merembat
kencang menewaskan penjaga gol, Hamsani Ahmad.
Perak tempang tanpa Abdoulaye
Traore yang tidak banyak mengatur gerakan-gerakan cantik.
Pada minit ke-57, Simukonda
sekali lagi menjadi pemusnah apabila sepakanya dari luar kotak penalti gagal
ditangkap oleh Md. Nasril Nourdin.
Di Stadium Darul Makmur pemain
kebangsaan, Mohd. Fadzli Shaari membawa tuah gol jaringannya membantu Pahang
menewaskan Selangor 1-0.
Pada minit ke-36 Mohd. Fadzli
Shaari mudah menolak masuk dari luar kotak penalti gagal diselamatkan penjaga
gol Selangor, Jamsari Sabian.
Di Stadium Hang Jebat, Telekom
Melaka terus mempamerkan aksi cemerlang apabila membelasah Pulau Pinang E&O
5-2.
Lebih menarik penyerang import,
Chaswe Nsofwa meledakkan jaringan hatrik pada minit ke-25, 49 dan 73.
Dua gol lagi milik Telekom
dijaringkan oleh Tengku Hasbullah Raja Hassan pada minit ketujuh dan Rudie
Ramli pula pada minit ke-80.
Dua gol milik pelawat
dijaringkan oleh K. Puvenvinderan (m-13) dan Mat Saiful Mohamad (m-43).
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0409&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4l16Lz4Qw
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan