ARKIB : 10/05/2006
TONGGAK import Negeri Sembilan
Naza, Noel Rodwell Mwandila (kiri) cuba melepasi halangan penjaga gol Perlis,
Mohd. Amran Omar dalam saingan bola sepak Liga Super di Seremban, malam tadi.
Negeri Sembilan Naza menang 1-0. - MD SHAHJEHAN MAAMIN.
KUALA LUMPUR - Negeri Sembilan
Naza mencerahkan peluang untuk merangkul gelaran juara Liga Super musim ini
apabila menewaskan Perlis 1-0 di hadapan kira-kira 5,000 penyokong sendiri di
Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, semalam.
Kemenangan yang dicari selepas
hanya mampu seri 1-1 ketika bertemu Selangor di Stadium Nasional Bukit Jalil
Sabtu lepas cukup melegakan buat skuad Jang untuk membuat perhitungan terakhir
perlawanan liga 23 Mei ini.
Skuad Jang hanya memerlukan
satu lagi kemenangan dalam perlawanan terakhir menentang Perak di tempat lawan
pada 23 Mei ini untuk mengesahkan kejuaraan mutlak milik mereka.
Tetapi sekiranya saingan
terdekat Telekom Melaka tewas menentang Selangor Sabtu ini, Negeri Sembilan
Naza bakal dimahkotakan juara Liga Super musim 2005/2006 tanpa perlu mengambil
kira pertemuan dengan Perak.
Secara keseluruhan jika Telekom
tewas mata maksimum yang mampu mereka kumpul ialah 35 jika menang dalam
perlawanan terakhir.
Tugas berat kini menanti skuad
bimbingan K. Devan apabila turun Sabtu ini bagi mengharungi saingan separuh
akhir kedua Piala FA menentang Pahang di Stadium Darul Makmur.
Pada saingan pertama kelebihan
bermain di tempat sendiri gagal digunakan oleh skuad Jang apabila hanya mampu
seri 0-0 berdepan dengan Pahang.
Perlawanan Sabtu ini adalah
peluang terbaik buat NS Naza untuk menempah tempat ke perlawanan akhir Piala FA
pada 20 Mei ini seperti yang pernah mereka lakukan pada 2003 apabila muncul
juara ketika itu.
Tuan rumah yang tertekan
seketika pada babak pertama akhirnya memperoleh gol kemenangan pada minit ke-59
menerusi sepakan Christian Bekamenga Bekamengo.
Ledakkan cantik Bekamenga
adalah hasil umpanan umpanan Che Hishamuddin Hassan dari sebelah kanan gawang.
Skuad Jang kembali bertenaga
apabila Rizal Zamberi Yahya melepaskan rembatan kencang bola yang terkena
palang pada minit ke-67.
Di Stadium Bandaraya Perak yang
dikritik hebat bangkit cemerlang apabila mudah menewaskan Pulau Pinang E&O
3-1.
Keita Mandjou membuka tirai
jaringan pertama pada minit kesepuluh untuk kedudukan terikat 1-0 di babak
pertama.
Bermulanya babak kedua melihat
tuan rumah bangkit menggandakan asakan dan Newton Oliveira menyamakan kedudukan
1-1 menerusi jaringan pada minit ke-56.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0510&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4l5ovt3rU
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan