Ahad, 25 Jun 2017

Hajat N. Sembilan tertangguh



ARKIB : 07/05/2006

KUALA LUMPUR - Hajat Negeri Sembilan Naza untuk dinobatkan awal selaku juara Liga Super musim ini tertangguh seketika apabila sekadar seri 1-1 ketika bertemu Selangor di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Dibantu oleh kemenangan tipis pencabar terdekat Telekom Melaka 1-0 ke atas Pahang di tempat lawan, meletakkan kedudukan Negeri Sembilan kian sukar untuk memburu gelaran liga.

Sekadar dipisahkan dengan dua mata apabila Negeri Sembilan sekadar mengutip 34 mata diikuti oleh Telekom Melaka dengan 32 bakal menjadikan saingan sengit kedua-dua pasukan untuk bergelar juara liga.

Berbaki dua perlawanan buat kedua-dua pasukan bakal menjanjikan persaingan dramatik sebelum tirai Liga Super musim ini dilabuhkan.

Gol Selangor dijaringkan oleh S. Sritaran (m-80) tetapi disamakan menerusi Noel Rodwell (m-85).

Di Stadium Darul Makmur, Rudie Ramli muncul hero apabila jaringan tunggalnya berjaya membantu Telekom Melaka menewaskan Pahang 1-0.

Penyerang kebangsaan, Rudie Ramlie menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-46.

Pahang tempang apabila penyerangnya Josiah Seton diperintah keluar padang pada minit ke-70 selepas mengutip kad kuning kedua.

Di Stadium Utama Kangar, Perlis menyekat Pulau Pinang E&O daripada mengutip tiga mata penuh apabila jaringan tunggal Azi Shahril Azmi membantu skuad Singa Utara mencatat kemenangan tipis 1-0.

Perlis membuka tirai jaringan awal pada minit ke-36 apabila Azi Shahril Azmi mengambil kesempatan dalam keadaan kelam kabut di depan pintu gol pelawat.

Di Stadium Perak, skuad Seladang terus kempunan untuk memburu kemenangan apabila sekadar mencatat keputusan seri 0-0 bertemu MPPJ.

KEPUTUSAN

Perak 0 MPPJ 0

Perlis 1 P. Pinang E&O 0

Selangor 1 N. Sembilan Naza 1

Pahang 0 Telekom Melaka 1

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0507&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4l5Z0cfHG
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan