ARKIB : 09/07/2006
KUALA LUMPUR - Juara Liga
Super, Negeri Sembilan Naza mengukuhkan kedudukan mereka dalam Kumpulan A
saingan bola sepak Piala Malaysia apabila menewaskan Sabah 3-0 di Stadium Likas,
Kota Kinabalu, malam tadi.
Gol-gol NS Naza dijaringkan
oleh Noel Rudwell Mwendila (m-63, m-89) dan Cristian Bekamenga (m-80) untuk
mengukuhkan mengutip enam mata.
Terengganu turut meraih
kemenangan kedua apabila menewaskan penyandang juara, Selangor 2-1 di Stadium
Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Tuan rumah memperoleh gol
menerusi Zairo Anuar Zalani (m-2) dan Mohamad Norfarhan Mohamad (m-10) dan gol
saguhati Selangor dijaringkan oleh Muhammad Shukor Adan (m-33).
Dalam Kumpulan B, Telekom
membuat kejutan apabila menewaskan Kedah 1-0 hasil jaringan tunggal Rudie Ramli
di Stadium Darulaman, Alor Star.
Pulau Pinang E&O pula
meraih kemenangan pertama apabila menewaskan Johor FC 1-0 di Stadium Jcorp.
Gol kemenangan pelawat
dijaringkan menerusi sepakan penalti oleh Brezenec Sasa di minit ke-25.
Dalam perlawanan Kumpulan C,
Perlis meraih kemenangan pertama apabila menewaskan PKNS 2-1 di Stadium Utama
Negeri Kangar.
Dua gol Perlis dijaringkan oleh
Azlan Ismail pada minit ke-32 dan Adrien Jurad Chamrong pada minit ke-70
manakala gol tunggal PKNS menerusi Roman Chemelo di minit ke-87.
Sarawak turut meraih kemenangan
kedua apabila jaringan tunggal Safee Sali di minit-minit terakhir membantu
kemenangan 1-0 menewaskan juara Piala FA, Pahang di Stadium Sarawak.
Dalam Kumpulan D, Perak meraih
kemenangan pertama menewaskan Melaka 2-1 di Stadium Perak hasil jaringan
Abdolaye Traore (m-85) dan Wong Sai Kong (m-90) dan gol saguhati pelawat
menerusi sepakan penalti K. Nanthakumar (m-38).
MPPJ melebarkan kemenangan
kedua apabila menewaskan Brunei DPMMM 3-1 di Stadium Negara Hasanal Bolkiah.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0709&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_10.htm#ixzz4lHnUjq17
© Utusan Melayu (M) Bhd