Khamis, 21 September 2017

NS sekadar seri



ARKIB : 26/02/2007
KUALA LUMPUR – Kelebihan di gelanggang sendiri gagal dimanfaatkan oleh Negeri Sembilan apabila sekadar seri 0-0 ketika bertemu Kelantan dalam perlawanan Kumpulan B Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban, semalam.

Perlawanan tersebut yang sepatutnya berlangsung kelmarin ditangguhkan semalam ekoran hujan lebat menyaksikan padang digenangi air.

Keputusan itu sekali gus meneruskan episod malang Negeri Sembilan dalam saingan Piala Malaysia begitu juga pada kancah Liga Super.

Negeri Sembilan kini masih kekal berada di tangga keempat mengutip dua mata tanpa meraih sebarang kemenangan daripada tiga perlawanan setakat ini sambil Melaka terus menerajui kumpulan B dengan meraih sembilan mata maksimum.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0226&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4tKiZxlCI
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan