ARKIB : 10/06/2007
SEREMBAN Biarpun menurunkan
kesebelasan utama diketuai oleh penyerang berbisa Frederico Dos Santos, namun
Negeri Sembilan gagal mengutip tiga mata berharga apabila sekadar terikat
dengan keputusan seri 0-0 berdepan Telekom Melaka di Stadium Tuanku Abdul
Rahman Paroi, semalam.
Keputusan itu tidak mengubah
kedudukan Negeri Sembilan masih berada di kedudukan tiga anak tangga tercorot
daripada 20 perlawanan sekadar mengutip 20 mata.
Tuah jelas tidak memihak kepada
tuan rumah biarpun menguasai pentas saingan dengan asakan bertali arus terutama
pada babak kedua, namun peluang yang tercipta gagal menemui tindakan penyudah
menggegar jaring.
Saingan pada babak pertama
sekadar menyaksikan permainan terlalu berhati-hati dipamerkan oleh kedua-dua
pasukan.
Begitupun pada minit ke-37,
pemain veteran Idris Karim mencemaskan seketika benteng pertahanan pelawat
dengan percubaannya dari jarak 30 meter sekadar melewati palang gol.
Dua minit selepas itu giliran
Liew Kit Kong membuat hantaran kepada Anuar Jusoh yang tidak dikawal melepaskan
rembatan kencang tetapi berjaya diselamatkan oleh pertahanan Telekom Melaka.
Pelawat yang tertekan masih
mampu mencemaskan pertahanan Negeri Sembilan dengan sepakan percuma K. Rajan
pada minit ke-78 sekadar mengenai palang gol.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0610&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4u8oHheOn
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan