ARKIB : 26/04/2007
SEREMBAN Negeri Sembilan Naza
sebenarnya boleh memperoleh lebih banyak jaringan pada aksi Kumpulan D Piala
AFC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi kelmarin jika pemain berbakat,
Shahurain Abu Samah diberikan bantuan oleh rakan sepasukan ketika mengatur
serangan di kubu lawan.
Kelmarin, banyak aksi Shahurain
tidak dibantu oleh rakan sepasukan sehingga gerakan yang dilakukannya sering
terbatas biarpun sudah berjaya menggelecek barisan pertahanan kelab Hong Kong,
Xiangzue Sun Hei.
Namun begitu, Shahurain telah
membantu gerakan Negeri Sembilan untuk membenam Xiangzue Sun Hei apabila
mengumpan cantik kepada pemain import Rusa dari Angola, Frederico Santos pada
minit ke-87 untuk melihat kemenangan 1-0 ke atas pendahulu Kumpulan D itu.
Jurulatih Negeri Sembilan,
Hatem Souissi berkata, pada peringkat awal permainan kelihatan seperti Xiangzue
Sun Hei menguasai permainan, tetapi sebaik aksi kedua bermula, pemainnya mula
bangkit untuk memberikan saingan terbaik dengan Shahurain mengatur strategi di
kubu lawan.
Frederico sepatutnya boleh
menghasilkan permainan yang lebih baik. Dia boleh menghasilkan lebih banyak
gol. Tetapi saya ucapkan syabas kepadanya kerana menghasilkan jaringan untuk
Negeri Sembilan Naza, katanya.
Menurut Hatem, pemainnya tidak
menjalani latihan intensif untuk berhadapan Xiangzue Sun Hei kerana sebelum itu
telah berhadapan tiga perlawanan tempatan tetapi kesepakatan pada babak kedua
nyata memberi harapan untuk mencipta kemenangan itu.
Pemain tengah membuat asakan
tanpa henti dan akhirnya berhasil pada minit ke-87, katanya.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0426&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4tYQUn61I
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan