ARKIB : 21/03/1999
NEGERI Sembilan gagal mengambil
kesempatan beraksi di tempat sendiri, apabila tumpas 3-2 menerusi tendangan
penalti kepada Pulau Pinang pada perlawanan bola sepak Liga Perdana Satu di
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi.
Kedua-dua pasukan terikat 2-2
selepas 90 minit permainan, dan masih terikat 2-2 dalam penentuan sepakan
penalti, sehingga memaksa penalti suddent-death diberikan.
Yong Woon Seang berjaya
menyempurnakan penalti terakhir Pulau Pinang, selepas R. Suresh Kumar dan
Azlisham Ibrahim menjadikan kedudukan 2-2.
Gol-gol penanti Negeri Sembilan
pula dijaringkan oleh pemain kebangsaan, Zami Mohd. Noor dan Khairul Anuar
Baharom.
Pulau Pinang mendahului 1-0
pada minit ke-10 menerusi bekas penyerang kebangsaan, Azman Adnan, yang menguis
bola dari kiri pintu gol tuan rumah.
Zami, bagaimanapun menyamakan
kedudukan pada minit ke-68 hasil rembatan terus yang gagal ditangkap oleh
penjaga gol pasukan pelawat, Azlisham Ibrahim.
Azman kembali meletakkan Pulau
Pinang di depan pada minit ke-87 menerusi sudut yang sama, tetapi Zami sekali
lagi menyamakan kedudukan pada minit ke-90.
Sementara itu, di Stadium
Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, pasukan tuan rumah turut
mencatat kemenangan menerusi penentuan sepakan penalti dengan kemenangan 5-4 ke
atas Kedah.
Sebelum itu kedua-dua pasukan
seri 1-1 dengan jaringan pembukaan dihasilkan penyerang tuan rumah, Anuar Jusoh
pada minit ke-33.
Kedah bangkit pada babak kedua
dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi Ahmad Zalghafari Manaf pada minit
ke-71.
Namun kedua-dua pasukan gagal
mencari gol kemenangan dalam tempoh 90 minit permainan yang memaksa sepakan
penalti dilakukan.
Gol penalti bagi pasukan Kedah
dijaringkan oleh Rafiz Abu Bakar, Mohamad Faraok Ismail dan Adrien Jurad
manakala gol Terengganu menerusi Mohd. Nafuzi Mohd. Zain, Md. Noor Derus dan
Rosdi Talib.
Rosli pula menambah jaringan ke
empat bagi membolehkan Terengganu menang penalti 4-3 sekaligus membantu skuad
Penyu menang perlawanan pada kiraan mata 2-1.
Di Kompleks Sukan Barakas,
Brunei gagal mengambil kesempatan daripada pasukan yang dibarisi bintang import
apabila tewas kepada Kuala Lumpur 4-3 menerusi tendangan penalti.
Kemenangan itu membolehkan
Kuala Lumpur membawa pulang dua mata.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0321&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_03.htm#ixzz4QLNGT6C5
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan