ARKIB : 02/06/2008
KUALA TERENGGANU - Ketua
jurulatih bola sepak Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hasan sekali lagi berang
dengan persembahan hambar para pemain sambil menyifatkan ia pencapaian buruk
pasukan tersebut.
Pemenang pingat emas acara bola
sepak Sukma 2004 itu terpaksa menamatkan cabaran lebih awal pada temasya di
sini apabila tewas 2-3 kepada Perlis pada perlawanan terakhir Kumpulan C di
Stadium Sultan Nasiruddin Shah, semalam.
Kekalahan tersebut memberi
laluan kepada Perlis untuk mengiringi Wilayah Persekutuan ke suku akhir dalam
kumpulan tersebut.
Wilayah Persekutuan unggul
dengan sembilan mata selepas menang 2-1 ke atas Melaka dalam satu lagi
perlawanan Kumpulan C di padang Kompleks Sukan Gong Badak, semalam.
Perlis muncul naib juara dengan
enam mata manakala Melaka di tangga tercorot tanpa sebarang mata.
Kegagalan tersebut disifatkan
satu kejutan ke atas Negeri Sembilan yang diletakkan sebagai antara pasukan
pilihan kerana dibarisi tiga pemain Liga Super iaitu S. Kunalan, Shahrain Abu
Samah dan K. Thanaraj.
Apa yang lebih mengecewakan,
kata Wan Jamak, Negeri Sembilan berjaya berada di depan dengan dua gol sebelum
membenarkan Perlis meraih jaringan kemenangan.
"Saya kecewa dengan
prestasi pemain terutama barisan pertahanan. Tiga jaringan Perlis itu umpama
'hadiah' daripada Negeri Sembilan.
"Posisi pertahanan sekadar
menjadi pemerhati sehingga membenarkan Perlis menjaringkan gol hanya menerusi
lontaran ke dalam," katanya.
Pertembungan Negeri
Sembilan-Perlis berlangsung sengit bagi perebutan slot ke suku akhir.
Perlis dua kali bangkit dari
ketinggalan sebelum menang menerusi jaringan Md. Helmi Abd. Karim.
Terdahulu Negeri Sembilan yang
menguasai babak awal perlawanan di depan seawal minit kelapan menerusi Muhd.
Arif Ismail, namun Perlis bangkit menyamakan kedudukan minit ke-22 menerusi
Mohd. Alif Aswad.
Negeri Sembilan yang muncul
juara bola sepak di tempat sendiri pada Sukma 2004, sekali lagi di depan
menerusi gol sendiri pemain Perlis, Hazerin Abd. Hamid pada minit ke-30.
Ketinggalan satu gol tidak
mematahkan semangat Perlis yang bangkit dengan jaringan penyamaan sekali lagi
oleh Mohd. Alif Aswad pada minit ke-39.
Md. Helmi Abd. Karim muncul
wira Perlis apabila menjaringkan gol kemenangan dua minit sebelum rehat.
Babak kedua menyaksikan
kedua-dua pasukanberhati-hati, namun Perlis mempertahankan kedudukan tersebut
untuk memastikan tempat ke suku akhir.
Dalam satu lagi perlawanan
Kumpulan C, Wilayah Persekutuan yang telah layak ke suku akhir mengatasi Melaka
2-1.
Walaupun sudah tidak berpeluang
ke suku akhir, Melaka tetap memberi saingan sengit dan hasilnya memperoleh
jaringan pendahulu pada minit ke-30 menerusi Mohd. Yusri Abad.
Namun, Kuala Lumpur yang tidak
tertekan, bangkit menerusi jaringan penyamaan Mohd. Hafzairi Azmi minit ke-40
dan gol kemenangan Stanley Bernard Stephen Samuel minit ke-57.
Sementara itu, perlawanan
terakhir kumpulan B, Kelantan berpesta gol dengan membelasah Sabah 5-0.
Namun kemenangan itu sudah
tidak bermakna kerana kedua-dua pasukan telah pun tersingkir awal
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0602&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_07.htm#ixzz4zX076gu4
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan