ARKIB : 16/07/2008
SEREMBAN - Seorang pemain bola
sepak Negeri Sembilan cedera ringan apabila kereta yang dinaikinya terbabas di
Kilometer 227.6 Lebuh Raya Air Keroh, dekat sini, semalam.
Kereta yang dipandu Ching Hong
Aik, 35, terbabas ketika cuba mengelak daripada melanggar sebuah lori yang
dipercayai memotong keretanya dari sebelah kiri.
Ketua Polis Daerah Rembau, DSP
Mizan Md Dom yang mengesahkan perkara itu berkata kejadian tersebut berlaku
kira-kira 3.20 petang ketika pemain itu sedang dalam perjalanan pulang dari
Melaka ke Seremban.
Jurulatih Wan Jamak Wan Hassan
ketika dihubungi berkata, walaupun tidak mengalami kecederaan teruk tetapi Hong
Aik mungkin masih berada dalam keadaan terkejut.
"Ada kemungkinan Hong Aik
tidak akan diturunkan ketika Negeri Sembilan menentang Sarawak (Piala Malaysia)
di Paroi malam ini," katanya.
- Bernama
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0716&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_09.htm#ixzz4zleNWwSr
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan