KHAIRULKHEIZA MOHD NAJIB
17 FEBRUARI 2017

Negeri Sembilan tewaskan
Terengganu 3-2 Mohammad Faizal Abu Bakar (bawah) bersaing dengan Issey Nakajima
(atas) untuk mendapatkan bola. - Foto Hafis Abd Aziz (gawang.my)
NEGERI Sembilan mencatatkan
kemenangan keempat berturut-turut di laman sendiri apabila menundukkan
Terengganu dengan jaringan 3-2, sebentar tadi.
Beraksi di depan ribuan
penyokong sendiri, Skuad Hoben Jang Hoben bermula garang apabila terlebih
dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-23.
Penyerang import berdarah
kacukan Brazil Jepun, Bruno Suzuki menanduk masuk bola hantaran lintang
Mohammad Faizal Abu Bakar untuk meletakkan tuan rumah di depan.
Berselang empat minit kemudian,
giliran Marko Simic memahat nama sebagai penjaring juga menerusi tandukan yang
berpunca daripada sepakan percuma Andrew Tuck.
Lebih manis, gol itu merupakan
jaringan pertama bagi penyerang berkenaan selepas menempuh empat perlawanan
tanpa sebarang hasil.
Muhammad Izuan Mohd Salahuddin
menambah derita Terengganu apabila menjaringkan gol ketiga Skuad Jang pada
minit ke-74.
Tolakan kaki kanannya di near
post sebelah kanan hanya mampu diperhatikan Amierul Hakimi Awang yang mengawal
pintu gawang.
Sebelum itu pada minit ke-17,
Andrew Tuck hampir memecah kebuntuan tetapi percubaannya tidak menepati
sasaran.
Minit ke-30 pula menyaksikan
rembatan Khairul Anwar Shahrudin ditepis keluar penjaga gol lawan.
Memasuki babak kedua, Sang
Penyu mula kembali mengatur gerak dan berhasil merapatkan jurang kedudukan
melalui kapten pasukan, Abdul Latiff Suhaimi.
Rembatan dilepaskan pada minit
ke-53 tertampan pertahanan tuan rumah, sebelum menerjah jaring.
Issey Nakajima menambah gol
untuk Terengganu apabila sepakan leretnya dari luar kotak penalti melepasi
jangkauan Mohamad Kaharuddin Abdul Rahman.
Kemenangan itu menyaksikan
Negeri Sembilan kini menerajui persada Liga Perdana 2017 dengan mengumpul 12
mata.
Sumber-sinar Harian online 17
FEBRUARI 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan