
THANABALAN mahu bantu Hobin Jang
Hobin kejar kejuaran. Foto fail
Mohd Amin Jalil
sukanteam@nstp.com.my
KEJAYAAN membantu skuad muda
negara mara ke suku akhir Kejohanan B-23 AFC di China baru-baru ini menyuntik
semangat dan keyakinan tinggi pemain muda Negeri Sembilan, N Thanabalan
membantu pasukan itu mengharungi saingan Liga Malaysia.
Penyerang berusia 22 tahun itu
berkata, kejayaannya menjaringkan gol ketika bertemu Korea Selatan sememangnya
memberi impak positif terhadap keyakinan diri dan persembahannya.
Justeru, dia bertekad untuk
memanfaatkan segala ilmu dan pengalaman beraksi di pentas tertinggi itu untuk
membantu skuad Hobin Jang Hobin memberikan saingan dan seterusnya melakar
kejayaan musim ini.
Walaupun kedudukannya dalam
senarai kesebelasan utama pasukan bimbingan jurulatih dari Jerman, Jorg
Steinnebrunner itu belum pasti, namun dia bertekad untuk memberikan persembahan
terbaik andai diberi peluang beraksi.
“Setakat ini, saya belum dapat
pastikan sama ada berpeluang untuk berada dalam senarai kesebelasan utama
kerana masih ramai penyerang berpengalaman yang berada dalam pasukan.
“Bagaimanapun, jika saya
disenaraikan, sudah pasti saya akan berusaha memberikan persembahan terbaik
kerana saya ingin membantu Negeri Sembilan meraih keputusan positif dalam
setiap perlawanan, apa lagi kali ini bersaing dalam Liga Super yang menjanjikan
cabaran lebih sengit.
“Apa pun, saya juga yakin dengan
kehadiran ramai pemain berpengalaman termasuk import dalam pasukan kali ini, ia
mampu meningkatkan lagi keyakinan untuk membantu Negeri Sembilan menjulang
kejuaraan,” katanya selepas sesi latihan di Padang Universiti Teknologi Mara
(UiTM) Seremban 3, pagi tadi.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Selasa, 30 January 2018 @ 2:12 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan