ARKIB : 21/01/2008
SEREMBAN Gerak aksi sudah
semakin matang tetapi jurulatih Negeri Sembilan Naza, Wan Jamak Wan Hassan
mempunyai sebab untuk tidak bergembira kerana anak buah bimbingannya masih
banyak yang perlu belajar.
Biarpun katanya, kemenangan 2-0
ke atas Perlis di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi kelmarin bagaikan ledakan
selepas kecundang kepada Kedah tempoh hari, Wan Jamak mahu anak buahnya terus
memberi fokus kepada perlawanan Liga Super ini.
Masih banyak yang perlu
dibaiki terutama pada bahagian serangan. Kita juga mahu pemain lebih bersedia
sebelum mereka turun menentang lawan, katanya di sini, semalam.
Pada aksi kelmarin, Negeri
Sembilan Naza mengganyang Perlis, 2-0 melalui jaringan yang dibuat Mohd. Aidil
Zafuan pada minit ke-18 dan S. Kunalan diminit ke-73.
Dengan kemenangan itu, Negeri
Sembilan Naza kini menduduki tangga kedua dengan 19 mata berbanding pendahulu,
Kedah, 22 mata.
Saya menganggap pasukan ini
masih lagi mentah dan perlu diberi lebih banyak pendedahan. Namun saya
berbangga kerana menunjukkan satu persembahan yang baik.
Apa yang saya nyatakan kepada
mereka, usah gentar berhadapan lawan, nampaknya berbaloi, ujarnya.
Memuji
Wan Jamak juga memuji kecekapan
Lamin Coteh yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam mengkucar-kacirkan
benteng lawan, sehingga membuka ruang untuk memboloskan dua gol kelmarin.
Jika kita lihat Lamin Coteh
berjaya mengerakkan jentera serangan di bahagian hadapan dan saya lihat
kombinasinya bersama pemain semakin menjadi.
Saya yakin, Negeri Sembilan
Naza akan memberikan saingan yang lebih baik pada aksi seterusnya, jelasnya.
Namun begitu, Wan Jamak
mengingatkan pemain, supaya tidak alpa dengan kemenangan itu kerana kesilapan
yang dilakukan dalam padang boleh menjejaskan kedudukan dalam carta Liga Super,
sekali gus menyebabkan pasukan skuad Rusa ini tersingkir pada saingan Piala
Malaysia.
Kemenangan ini memberikan
lebih banyak pelajaran kepada anak buah bimbingan saya dan mereka perlu belatih
dan berlatih untuk memantapkan semua jentera barisan kesebelasan utama skuad
Negeri Sembilan Naza untuk memberikan kemenangan demi kemenangan, tegas Wan
Jamak.
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0121&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4whCTQyNi
© Utusan Melayu (M) Bhd