KHAIRULKHEIZA
MOHD NAJIB FOTO HAFIS ABD AZIZ (WWW.GAWANG.MY)
10 SEPTEMBER 2016

N.Sembilan ada
potensi Kapten Negeri Sembilan, Taylor Regan memikul tanggungjawab besar
memastikan pasukannya layak separuh akhir.
SKUAD Hoben Jang
Hoben tampak mempunyai potensi mara ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia
2016, walaupun hakikatnya Kedah bukanlah pasukan yang mudah untuk ditundukkan.
Beberapa faktor
menjadi sandaran kepada keyakinan ini, antaranya keputusan seri tanpa jaringan
yang dicatatkan Negeri Sembilan semasa beraksi di laman sendiri pada suku akhir
pertama, 28 Ogos lalu.
Jika diimbas
kembali perlawanan itu, Skuad Jang hanya menurunkan seorang pemain import iaitu
Taylor Regan bagi menggalas tugas selaku kapten pasukan, manakala selebihnya
dibarisi pemain muda.
Walaupun
kekurangan dari aspek pengalaman beraksi di pentas besar, anak buah Gary
Michael Phillips cukup ampuh bertahan dengan segala asakan dilontarkan kepada
mereka.
Petanda positif
INI merupakan satu
petanda positif, apatah lagi mengambil kira bahawa mereka berdepan barisan
terbaik Lang Merah yang turut mengetengahkan empat pemain import berkaliber.
Kemudian, rekod
enam pertemuan terakhir antara kedua-dua pasukan sejak tahun 2012 juga didapati
lebih memihak kepada skuad Hoben Jang Hoben.
Negeri Sembilan
menang empat daripadanya dengan keputusan 2-1 dalam saingan Liga Super pada 17
Mac 2012, 2-0 (Liga Super - 7 Julai 2012), 1-0 (Liga Perdana - 14 Februari
2014) dan 2-0 (Liga Perdana - 14 Ogos 2015).
Mereka tewas
kepada Lang Merah dengan jaringan 1-2 dalam saingan Liga Perdana pada 23 Mei
2014 dan 17 April 2015.
Rekod pertemuan
itu sekali gus menggambarkan wujudnya persaingan yang seimbang antara kedua-dua
pasukan, di mana peluang untuk Negeri Sembilan ke separuh akhir tetap ada.
Rasanya tidak
salah juga kalau dikatakan, Negeri Sembilan mempunyai sedikit kelebihan
berbanding Kedah pada suku akhir kedua yang bakal berlangsung di Stadium Darul
Aman, 17 September nanti.
Sudah memadai
Berdasarkan format
kiraan gol di tempat lawan, keputusan seri 1-1 sahaja sudah memadai untuk
melayakkan mereka ke peringkat seterusnya.
Berbeza pula
dengan skuad bimbingan Tan Cheng Hoe yang berdepan lebih tekanan, berikutan
mempunyai satu pilihan sahaja untuk mara iaitu melalui kemenangan.
Namun, semua
faktor ini langsung tidak berguna seandainya skuad Hoben Jang Hoben gagal
memanfaatkannya.
Kebimbangan
penyokong sudah pasti tertumpu pada ketumpulan jentera serangan. Letaklah Goran
Jerkovic atau Muhammad Afiq Azmi sekalipun, hasilnya tetap tidak
memberangsangkan buat masa ini.
Mungkin sudah
tiba masanya penyerang muda daripada skuad Piala Presiden Negeri Sembilan, Mohd
Rahizi Mohd Rasib diturunkan untuk mencuba nasib dan mencurah keringat kepada
pasukan.
SUMBER-SINAR
HARIAN ONLINE 10 SEPTEMBER 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan